Selasa, 24 Ogos 2010

KUIZ CINTAI BUKU PSS - Kuiz Kemerdekaan



Soalan Kuiz Kemerdekaan 2010 Tahap 2
23 Ogos – 30 Ogos 2010

1. ‘Negaraku’ adalah lagu nasional Malaysia.
a) Betul
b) Salah
c) Tidak pasti

2. Siapakah yang melaungkan perisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957?
a) Tun Abdul Razak
b) Tunku Abdul Rahman
c) Dato’ Seri Dr. Mahathir

3. Berapakah jalur yang terdapat dalam Bendera Jalur Gemilang?
a) 13
b) 14
c) 15

4. Sebutkan tarikh penuh kemerdekaan Malaysia?
.....................................................................................

5. Apakah tema sambutan kemerdekaan bagi tahun 2010?
......................................................................................

6. Tahun 2010 adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-...
.......................................................................................

7. Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri?
.......................................................................................

8. Bilakah kereta nasional negara dilancarkan?
a) 1985
b) 1986
c) 1987


9. Nyatakan 2 cadangan anda bagaimana untuk memupuk/menyemai
semangat cintakan negara di kalangan pelajar.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Cara Menyertai
1. Dibuka kepada semua murid SK Langgar Pekan sahaja.
2. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
3. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
4. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
5. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
6. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
7. Keputusan hakim adalah maktamad.

Disediakan oleh,
t.t
Cikgu Mat Jani Bin Abu Bakar

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan 1431/2010 Muncul Lagi

Alhamdulillah, syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1431/2010.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga SK Langgar Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua penjaga murid SK langgar Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga pendidikan Negeri Pahang n Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan dirahmati. Kitalah yang menentukan.
Selamat menunaikan ibadah puasa, terawih dan lain-lain.

Ahad, 1 Ogos 2010

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN-SK LANGGAR



Sambutan Pelancaran bulan kemerdekaan 2010 telah diadakan pada 2Ogos 2010 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Langgar pada pukul 8.00 pagi.

Aturcara Majlis:
Bacaan Perutusan
Mengibar Jalur Gemilang oleh Tuan Guru Besar
Menaikkan Jalur Gemilang di Kawasan Sekolah

Selasa, 27 Julai 2010

PROGRAM ASMINI & REHAT MINDA





Ahad, 25 Julai 2010

Warna-warni Sukan D'SK Langgar, Pekan






Warna-warni Sukan D'SK Langgar

Ahad, 27 Jun 2010

PROGRAM LEADERSHIP OUTREACH SHAH PEKAN & SK LANGGAR



Ini merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Disamping itu dapat menambahkan keyakinan dan penampilan baik diri sendiri setiap murid atau pelajar.

Ahad, 20 Jun 2010

KUIZ CINTAI BUKU PSS KEMBALI LAGI


Kuiz Cintai Buku Tahap 1
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
1.KAMBING YANG TAMAK, 2. SI HITAM DAN PERMINTAAN 3. BURUNG YANG BODOH. (PILIH SALAH SATU SAHAJA)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Berapakah bilangan muka surat buku ini?
D. Berdasarkan soalan yang diberikan di bahagaian belakang buku ini, jawab soalan 1 hingga 3 dengan perkataan benar atau salah.
E. Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada buku ini?



Kuiz Cintai Buku Tahap 2
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ATAU TUN ABDUL RAZAK
(siri tokoh-tokoh sejarah)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Bilakah tokoh ini dilahirkan?
D. Siapakah ibu tokoh ini?
E. Di manakah beliau mendapat pendidikan awal?
F. Senaraikan 3 sumbangan utama tokoh ini kepada Negara?





Cara Menyertai
1. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
2. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
3. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
4. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
5. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
6. Keputusan hakim adalah maktamad.


Disediakan oleh,
T.T

(Mat Jani Bin Abu Bakar)
Penyelaras PSS SK Langgar