Ahad, 27 Jun 2010

PROGRAM LEADERSHIP OUTREACH SHAH PEKAN & SK LANGGAR



Ini merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Disamping itu dapat menambahkan keyakinan dan penampilan baik diri sendiri setiap murid atau pelajar.

Ahad, 20 Jun 2010

KUIZ CINTAI BUKU PSS KEMBALI LAGI


Kuiz Cintai Buku Tahap 1
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
1.KAMBING YANG TAMAK, 2. SI HITAM DAN PERMINTAAN 3. BURUNG YANG BODOH. (PILIH SALAH SATU SAHAJA)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Berapakah bilangan muka surat buku ini?
D. Berdasarkan soalan yang diberikan di bahagaian belakang buku ini, jawab soalan 1 hingga 3 dengan perkataan benar atau salah.
E. Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada buku ini?



Kuiz Cintai Buku Tahap 2
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ATAU TUN ABDUL RAZAK
(siri tokoh-tokoh sejarah)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Bilakah tokoh ini dilahirkan?
D. Siapakah ibu tokoh ini?
E. Di manakah beliau mendapat pendidikan awal?
F. Senaraikan 3 sumbangan utama tokoh ini kepada Negara?





Cara Menyertai
1. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
2. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
3. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
4. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
5. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
6. Keputusan hakim adalah maktamad.


Disediakan oleh,
T.T

(Mat Jani Bin Abu Bakar)
Penyelaras PSS SK Langgar