Khamis, 13 Januari 2011

Pemantauan Nazir Persekutuan


Pemantauan khas yang telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor.

Selamat Bertukar Sekolah 2011

Empat orang guru SKL akan memulakan tugas bagi tahun 2011 di tempat yang baharu.Puan Murni Shahida bt Mohd Ashari bertukar ke Terengganu. En Abdul Salam (ketua Panitia Kajian Tempatan) akan bertukar ke SK Pekan Jaya, bersama Puan Radziah iaitu Ketua Panitia Sains. Puan Radziah adalah antara guru yang paling lama bertugas di SK Langgar ini. Manakala Encik Mat Jani Abu Bakar (Guru PSS) akan bertukar ke SK Nenasi. Pertukaran empat orang guru yang sememangnya mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi ini, merupakan satu kehilangan yang amat dirasai bukan sahaja di kalangan murid-murid bahkan di kalangan rakan sejawat serta masyarakat setempat. Namun atas dasar kepentingan perkhidmatan, pertukaran tempat kerja bagi seseorang penjawat awam merupakan sesuatu yang lumrah. Apa pun seluruh warga SKL merakamkan ucapan terima kasih dan selamat bertugas di tempat baharu. Ribuan rerima kasih atas sumbangan yang tidak terhinga kepada sekolah ini yang telah tuan puan curahkan. Semoga sentiasa ingatkan SKL YANG TERSAYANG.

SELAMAT KEMBALI KE SKL 2011


Jom ke sekolah SK Langgar untuk Tahun 2011.

Assalamualaikum,

Begitu pantas masa berlalu sama ada disedari atau tanpa disedari. 5 minggu percutian bagaikan tidak terasa. Kalau boleh memanglah mahu dipanjangkan lagi cuti sekolah ini. Namun kehidupan perlu diteruskan, perjuangan pula perlukan pengorbanan. Kita kenalah korbankan sedikit keselesaan bercuti. Walaupun namanya bercuti, namun ada dalam kalangan kita sama ada guru ataupun murid sama ada suka atau sebaliknya telahpun mengorbankan sedikit waktu cuti untuk kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru ataupun murid. Apa tidaknya, dalam masa bercuti ada tugas yang masih perlu diselasaikan. Guru-guru menghabiskan sebahagian waktu cuti untuk mengadakan kelas-kelas tambahan atau mesyuarat untuk tahun 2011. Murid-murid di kelas-kelas peperiksaan pula perlu hadir untuk kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya.