Isnin, 7 Disember 2009

ASAS PENGURUSAN



1.0 CIRI-CIRI ORGANISASI
1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah sekolah seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu,penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah gading ilmu, sekolah hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat setempat khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah sekolah itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

Keempat-empat ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.

Khamis, 19 November 2009

SK Langgar Sekolah Terbilang (UPSR 2009)




SK Langgar masih ke-2 terbaik daerah Pekan, Pahang. Seramai 12 orang murid mendapat 5A dan 10 orang mendapat 4A 1B. Peratus 5A adalah yang ke-2 terbaik selepas sekolah elit Pekan. Peratus lulus juga adalah baik. Semoga SK Langgar dibawah pimpinan En. Abdullah bin Haji Mohd Shah akan lebih gemilang dan cemerlang.

Selasa, 3 November 2009

HARI KELUARGA SK LANGGAR



Hari keluarga SK Langgar telah diadakan di Pantai Tanjung Sepat, Kuantan pada hari Sabtu 30 Oktober 2009 yang lalu. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi tersebut amat meriah dengan kehadiran semua ahli keluarga KGKT khususnya GB dan GPK. Pelbagai aktiviti diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli. Semua ahli mendapat cenderahati, ada yang dapat banyak, sedikit, kecil, besar dan pelbagai. Jangan tak dapat hadiah, sudahlah. Jika yang dapat kurang, harap bersabar, tahu depan kita cuba lagi.

Rabu, 7 Oktober 2009

SAMBUTAN RAYA D' SK LANGGAR

Kepada semua warga SK langgar dijemput hadir ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK Langgar pada tarikh berikut:

Tarikh: 9 Oktober 2009
Masa: Bermula 8:00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SK Langgar

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua guru, murid-murid, penjaga murid, ibubapa dan warga Sekolah Kebangsaan Langgar. Semoga diberkati dan dilindungi Yang Maha Pencipta setiap ketika. Jika balik kampung, hati-hati diperjalanan:-Daripada Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SK Langgar

SAMBUTAN IHYA' RAMADAHAN&TADARUS AL-QURAN





JOM BUAT KUIH RAYA




Sabtu, 29 Ogos 2009

MALAYSIA 52 TAHUN MERDEKA.


TUNKU Abdul Rahman menerima watikah kemerdekaan
daripada wakil Ratu Elizabeth II di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.
Apakah sumbangan anda kepada negara?
Sejauhmana sumbangan itu mengisi aganda kemerdekaan negara?
Apakah sumbangan itu mempunyai kelamahan-kelemahan tertentu?
Adakah anda telah membuat diagnosis kelemahan tersebut?
Apakah pula intervensi yang anda akan lakukan selepas ini?

CONTOHI KEJAYAAN MANCHESTER UNITED


Manchester tewaskan Arsenal
MANCHESTER, Ogos - Arsenal tewas 2-1 kepada Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Manchester memperolehi gol hasil sepakan penalti Wayne Rooney pada minit ke-58 dan jaringan gol sendiri oleh pemain Arsenal Vassiriki Diaby pada minit ke-63.
Gol Arsenal pula dijaringkan oleh Andrey Arshavin pada minit ke-39 perlawanan.

Kejayaan yang berpanjangan MU boleh kita ambil sebagai pendorong kepada kejayaan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan ditempuhi tidak lama lagi. Kejayaan ini perlukan usaha yang kuat disaat-saat akhir kita menempuh rintangan yang mendatang.

Isnin, 17 Ogos 2009

MAJLIS MOHON RESTU UPSR 2009

Tarikh: 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa: Bermula 7.00 malam
Tempat: Dewan Terbuka SK Langgar

Aturcara Majlis
Solat Maghrib
Solat Hajat Kecemerlangan UPSR
Ucapan Pengerusi
Penyampaian Cenderamata
Majlis Restu Ilmu dan Bersalaman

Catatan: Dijeput semua ibu bapa murid tahun 6 dan AJK PIBG hadir pada majlis ini.

Rabu, 12 Ogos 2009

INFLUANZA A "H1N1"@SELSEMA BABI


Selepas wabak JE dan SARS, kini dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran virus yang mudah berjangkit hanya melalui udara ini. Penularan virus Influanza A H1N1 atau Selsema Babi kini semakin membimbangkan dan sehingga kini belum ada tanda-tanda reda atau menguncup.Sebaliknya berambah hari demi hari. Sehingga kini telah banyak yang terkorban. Virus yang mulanya dikesan di negara Mexico pada awal Mac 2009 lalu kini menular hampir ke seluruh dunia dimana-mana sahaja. KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.
Malaysia tidak berkecuali daripada kes ini,walaupun langkah pencegahan telah diambil namun,virus ini tetap merebak.Sehingga kini,beribu-ribu rakyat Malaysia telah dijangkati virus ini samada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa malah golongan tua juga turut terlibat. Pihak SK Langgar telah turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi wabak yang tidak dijangka ini. Ibu bapa juga diharap dapat memantau anak-anak agar mereka sentiasa menjaga kebersihan diri dan jika sakit iaitu demam dapat mendapat rawatan di hospital.

Ahad, 19 Julai 2009

MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

1. 11 JULAI 2009 - MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID DAN IBUBAPA
2. 20 JULAI 2009 - MOTIVASI BAHASA INGGERIS
3. 21 JULAI 2009 - MOTIVASI BAHASA MELAYU
4. 22 JULAI 2009 - MOTIVASI MATEMATIK

Rabu, 17 Jun 2009

JOM KURSUS ADOBE BERSAMA CG NORLINDA


Banyak ilmu tentang adobe photoshop yang kami dapat dalam kursus edit gambar bersama cikgu Norlinda. Jom le yang lain sama-sama kursus.

Isnin, 15 Jun 2009

SELAMAT HARI LAHIR




Selamat Hari Lahir yang ke 56 buat Boss yang disayangi. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan gemilang lagi, murah rezeki, n panjang umur untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Jangan lupa kami sentiasa sayangkan CIKGU.(Kelab Guru dan Kakitangan SK Langgar 2009)

Isnin, 8 Jun 2009

MARKAH BAHASA MELAYU 4 ARIF











Khamis, 28 Mei 2009

SELAMAT BERCUTI KEPADA GURU-GURU PEKAN


Jom kita cuti sakan tapi jangan lupa kelas tambahan yang diadakan kat sekolah masing-masing.

selamat bercoti.

selamat bercoti.

selamat bercoti.

selamat bercoti.

selamat bercoti.

selamat bercoti.

selamat bercoti.


Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru kepada guru-guru di Malaysia, khususnya guru-guru Sekolah Kebangsaan Langgar, Pekan. Semoga dengan ini menjadi guru yang sentiasa dahagakan kecemerlangan di dunia dan akharat. Kepada guru-guru daerah Pekan insyaAllah Pekan menjadi yang terbaik dalam dunia pendidikan di negeri Pahang.
Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG,1979

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..Eeee…terutama sekali kepada ibu aku, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama adik beradikku yang lain, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku..

Untuk ibu-ibu di SK Langgar, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan kepada kawan aku sempena hari ibu ini..

Selamat Hari Ibu

Ibu..Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Hasil nukilan:
Rozaimie

Isnin, 16 Mac 2009

SELAMAT BERTUKAR



Satu Majlis Perpisahan "bertukar sekolah dan bersara" telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Mac 2009, bertempat di Dewan Al-Ghazali SK Langgar, Pekan.
Guru-guru yang telah diraikan dalam majlis ini adalah seorang ustazah yang akan berpindah ke SK Sepekan Jaya iaitu Ustazah Murni Jusoh (2004-2009), seorang guru Sains iaitu Puan Ramiza (2009), serta seorang guru ganti iaitu Cik Alia. Manakala Puan Nakisah pula adalah seorang pekerja am di sekolah yang telah bersara pada awal tahun 2009.

Buat semua yang diraikan , kami guru-guru dan para pelajar SK Langgar mengucapkan selamat meneruskan perjuangan walau di mana jua berada. Terima kasih atas semuanya. Kenagan indah pasti disaimpan di hati. “Jazakumullahu khairan.

Rabu, 11 Mac 2009

SEKITAR PERSIAPAN UNTUK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK LANGGAR 1430 HIJRAH



Pada hari Jumaat 13hb Mac bersamaan dengan 16 Rabiul Awal 1430 Hijrah SK Langgar akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Sambutan ini akan dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam.

Rabu, 18 Februari 2009

Kejohanan Olahraga MSSD Pekan Peringkat Kelompok Peramu


Sy Nur Iqbal Hafifi Johan 80m lari berpagar (L) Bwh 12 dan NurNasyidah bt Mohd Nasri Johan 200 m (P) Bwh 12

Arif Asyraf b Abd Razak Tempat K-3 80 m lari Berpagar (L) Bwh 12 dan Nurfatiah Hazwani Tempat K-3 100m (P) Bwh 12

Sekolah Kebangsaan Langgar telah menyertai kejohanan olahraga peringkat Kelompok Peramu pada 12hb Feb 2009 yang telah diadakan di SMK Seri Pekan. 2 orang guru pengiring iaitu En. Khairul sebagai Jurulatih Olahraga sekolah dan En. Mohd Sani sebagai wakil Pengadil kejohanan telah mengiringi 10 orang pelajar ke Kejohanan tersebut. Walaubagaimanapun SK Langgar patut berbangga dengan kejohanan tersebut kerana 4 daripada 10 orang wakil sekolah berjaya membawa pulang 4 medal sebagai cenderahati kebanggaan. Dengan itu Tuan Guru Besar En. Abdullah bin Mohd Shah telah menyampaikan medal tersebut semasa perhimpunan mingguan. TAHNIAH diucapkan kepada pemenang.

Selasa, 17 Februari 2009

Karnival Kokuria Bahasa 2009




Sekolah Kebangsaan Langgar telah menjadi tuan rumah Karnival Kokuria Bahasa Peringkat Zon Peramu 2009. Karnival Kokuria Bahasa ini di adakan pada 16 Februari 2009 bermula jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Al-Ghazali SK Langgar. Suasana meriah dapat dirasakan oleh seluruh masyarakat setempat terutama kepada para peserta, guru-guru dan warga SK Langgar. Kepada pemenang pertandingan diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, berusaha dengan gigih lagi agar lebih berjaya.