Rabu, 21 Januari 2009

Kembali ke Sekolah



Jom kembali ke sekolah tahun 2009.
Sesi hari pertama persekolahan 2009 ini, membuka lebaran baru kepada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam untuk merasai suasana pembelajaran sebenar di kelas. Sebilangan besar murid Tanhu Satu paling gembira dan teruja bagi memulakan persekolahan selepas menempuh setahun sebagai murid pra sekolah. Bagi murid Tahun Enam pula mereka bersemangat untuk menempuh UPSR pada bulan September nanti. Mohd Luqman , 7, berkata, dia seronok untuk memulakan persekolahan hari ini. “Saya seronok kerana dapat kawan baru, selain berpakaian, beg sekolah dan kasut baru. “Saya tidak takut kerana sudah biasa dengan persekitaran sekolah ketika belajar di Pra-Sekolah tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada orientasi Sekolah Kebangsaan Langgar di sini, semalam. Muhammad Adib, 9, berkata, dia bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2009 malah ketika hadir pada hari pertama persekolahan itu, dia lengkap memakai seragam sekolah. “Saya tidak mengalami masalah untuk bangun awal ke sekolah, malah saya teruja untuk belajar setelah cuti panjang. “Saya harap dapat belajar dengan selesa di sekolah ini,” katanya.