Rabu, 18 Februari 2009

Kejohanan Olahraga MSSD Pekan Peringkat Kelompok Peramu


Sy Nur Iqbal Hafifi Johan 80m lari berpagar (L) Bwh 12 dan NurNasyidah bt Mohd Nasri Johan 200 m (P) Bwh 12

Arif Asyraf b Abd Razak Tempat K-3 80 m lari Berpagar (L) Bwh 12 dan Nurfatiah Hazwani Tempat K-3 100m (P) Bwh 12

Sekolah Kebangsaan Langgar telah menyertai kejohanan olahraga peringkat Kelompok Peramu pada 12hb Feb 2009 yang telah diadakan di SMK Seri Pekan. 2 orang guru pengiring iaitu En. Khairul sebagai Jurulatih Olahraga sekolah dan En. Mohd Sani sebagai wakil Pengadil kejohanan telah mengiringi 10 orang pelajar ke Kejohanan tersebut. Walaubagaimanapun SK Langgar patut berbangga dengan kejohanan tersebut kerana 4 daripada 10 orang wakil sekolah berjaya membawa pulang 4 medal sebagai cenderahati kebanggaan. Dengan itu Tuan Guru Besar En. Abdullah bin Mohd Shah telah menyampaikan medal tersebut semasa perhimpunan mingguan. TAHNIAH diucapkan kepada pemenang.

Selasa, 17 Februari 2009

Karnival Kokuria Bahasa 2009




Sekolah Kebangsaan Langgar telah menjadi tuan rumah Karnival Kokuria Bahasa Peringkat Zon Peramu 2009. Karnival Kokuria Bahasa ini di adakan pada 16 Februari 2009 bermula jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Al-Ghazali SK Langgar. Suasana meriah dapat dirasakan oleh seluruh masyarakat setempat terutama kepada para peserta, guru-guru dan warga SK Langgar. Kepada pemenang pertandingan diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, berusaha dengan gigih lagi agar lebih berjaya.

Ahad, 15 Februari 2009

Mesyuarat Agong PIBG 2009


Pada hari Sabtu 14hb Februari 2009 SK Langgar,Pekan, telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-39. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Abd Rashid bin Hj. Abd Rahman selaku Penaung PIBG SK Langgar. Tahniah juga kepada Jawatankuasa baru yang telah dilantik bagi menggantikan jawatankuasa yang terdahulu. Walaubagaimanapun senarai Jawatankuasa yang baru akan dilampirkan kemudian setelah mendapat persetujuan daripada Guru Besar SK Langgar iaitu En. Abdullah bin Hj. Mohd Shah, PKC.

Lawatan Kerja Penanda Aras 3K ke SMK Bandar Tun Razak, Keratong




Pada hari yang sama Lawatan Ke SK Sri Buntar, Triang. Rombongan Lawatan juga telah pergi melawat ke SMK Bandar Tun Razak, Keratong yang pernah menjadi Johan Pertandingan 3K Peringkat Negeri Pahang. Lawatan tersebut juga di sertai oleh En. Ahmad bin Awang Kechik(Penyelia HEM PPD Pekan) 4 orang wakil SK Langgar, 4 orang wakil SK Pekan Jaya, 5 orang wakil SMK Peramu Jaya dan 4 orang wakil SMK Ubai. Sebenarnya lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan sekolah ini yang telah bertanding 3k Peringkat Kebangsaan untuk menjadi sebagai penanda aras kepada sekolah yang akan bertanding untuk peringkat negeri pada tahun ini.

Lawatan Kerja Penanda Aras Pertandingan Kantin Cemerlang Ke Sk Sri Buntar, Triang, Pahang




Pada hari Khamis 12 hb Februari 2009 seramai 4 orang guru daripada SK Langgar iaitu En. Salam,En. Jani,En. Helmi dan En. Lotfi telah menghadiri satu Lawatan Kerja sebagai penanda aras untuk Pertandingan Kantin Cemerlang Peringkat Negeri Pahang. Lawatan Kerja tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pekan diketuai oleh Encik Ahmad bin Awang Kechik, Penyelia Hal Ehwal Murid dari PPD Pekan. Kantin SK Sri Buntar merupakan Pemenang Pertandingan Kantin Cemerlang Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2008.

Isnin, 9 Februari 2009

Mesyuarat Agung PIBG 2009


Sekolah Kebangsaan Langgar akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 14hb Februari 2009. Dijemput semua Guru-guru SK Langgar, penjaga dan semua yang terlibat untuk menghadiri majlis ini. AJK yang telah berkhidmat secara langsung dengan PIBG setelah 2 tahun bermula dari tahun 2006 hingga 2008 akan dibubarkan. Walaubagaimanapun untuk Jawatan yang disandang oleh guru sekolah ini akan ditetapkan oleh Pihak sekolah secara dalaman yang diketuai oleh Tuan Guru Besar seperti Jawatan Bendahari, Setiausaha dan AJK. Fikir-fikirkanlah bersama.

Ahad, 8 Februari 2009

Tahniah Kepada Warga SK Langgar



Tahniah kepada semua warga SK Langgar kerana sekolah kita ini telah mendapat tempat yang ke-17 Peringkat Negeri Pahang dalam kedudukan UPSR terbaik bagi sekolah rendah Negeri Pahang tahun 2008. Kedudukan ini menunjukkan bahawa sekolah kita sebenarnya mendapat kedudukan yang pertama dalam Daerah Pekan dari segi kualiti Pencapaian UPSR berbanding sekolah lain di dalam Daerah ini selain daripada SMK Seri Pekan yang mendapat kedudukan yang ke-7 Peringkat Negeri Pahang. Di harap sekolah kita terus maju dan sentiasa mendapat kecemerlangan dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Terima kasih di atas semua usaha kita semua.

Jumaat, 6 Februari 2009

Kelas Bimbingan Komputer



Kelas bimbingan Komputer telah dimulakan pada Awal Februari 2009. Pelbagai isi pelajaran akan diberikan kepada murid-murid yang terlibat berdasarkan jadual yang telah ditetakan. Semoga dengan adanya kelas bimbigan ini akan dapat meningkatkan kualiti pemahaman murid-murid tentang IT masa kini. Seperti kata bijak pandai, " dunia kini dunia tanpa sempadan".

Jadual Kelas Bimbingan Komputer SP SETIA- Guru Pembimbing En Mat Jani Abu Bakar
Bermula Februari 2009.
7/2/2009
Pengenalan kepada komputer
14/2/2009
Pengenalan kepada internet
7/3/2009
Pengenalan Microsoft Word dan injin carian dalam internet
28/3/2009
Pengenalan Microsoft Excel dan e-akhbar
11/4/2009
Pengenalan Microsoft Power Point dan e-mail
18/4/2009
Microsoft Word lanjut dan menggunakan injin carian dalam internet
9/5/2009
Microsoft Excel lanjut dan e-akhbar
16/5/2009
Microsoft Excel lanjut dan membina e-mail
20/6/2009
Microsoft Power Point lanjut dan membina e-mail
27/6/2009
Microsoft Power Point lanjut dan pengenalan blog


Catatan:
1. Sekiranya ada pindaan pada tarikh yang terdapat di dalam jadual akan dimaklumkan kepada murid yang terlibat secepat mungkin.
2. Masa kelas bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. (2 jam) Di Bilik Komputer SK Langar.
3. Ibu bapa/ penjaga yang terlibat perlu memastikan anak jagaannya hadir pada tarikh dan masa yang tetapkan.
4. Murid juga perlu menyediakan sebuah buku sebagai buku catatan pembelajaran.
5. Murid yang telah menguasai kemahiran akan diberi pengayaan yang sewajarnya

Rabu, 4 Februari 2009

Mesyuarat Pertandingan Kantin Cemerlang


Satu mesyuarat kantin telah diadakan pada Februari 2009 yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar En. Abdullah bin Mohd Shah, PKC. bagi membincangkan tentang permasalahan kantin bersempena Pertandingan Kantin Cemerlang yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Mesyuarat ini juga turut di hadiri oleh semua Guru Penolong Kanan, guru yang terlibat, pekerja swasta dan juga pengusaha kantin sendiri. Tahniah kepada SK Langgar kerana terpilih untuk menjadi wakil Daerah Pekan bagi Pertandingan Kantin Cemerlang Peringkat Negeri Pahang. Di harap SK Langgar berjaya dalam pertandingan tersebut.



Selasa, 3 Februari 2009

SK LANGGAR MENANG LAGI



Sk Langgar menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Kelompok Peramu, Pekan. Pertandingan diadakan di dewan Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad. Seramai 6 orang murid terpilih mewakili Sk Langgar. Para pemenang Pertandingan Badminton Kelompok Peramu:

Perseorangan Lelaki
Johan – Ahmad Syazwan b Ahmad Suhaimi SK Pej
Naib Johan - Sy. Iqbal Hafifi b Sy. Abd Rahman (SK Langgar)

Perseorangan Perempuan
Johan - Maisarah Aliah bt Marin Sk Pej

Beregu Lelaki
Johan - (SK Langgar)

Beregu Perempuan
Johan - SK Pej

Isnin, 2 Februari 2009

i-PINTAR MENJADIKAN PENGAJARAN LEBIH BERKESAN



Pengajajaan dan pembelajaran menggunakan i-pintar lebih memberi kesan positif kepada murid-murid SK Langgar. Murid lebih memberi tumpuan, ingin mencuba dengan sedaya usaha, boleh mengingati banyak fakta serta menambah dan melahirkan lagi buah fikiran yang lebih bernas dalam mengemukakan idea. Gambar di atas adalah dua contoh pengajaran iaitu mata pelajran Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid Tahun 3 Amal sedang mencuba dalam pengajaran Matematik. Manakala Puan Lazar sedang mengajar Bahasa Inggeris. Diharap teknologi yang ada digunakan dengan sebaik mungkian agar suatu hari nanti negara tercinta ini melahirkan pemikir yang hebat dan gemilang untuk berbakti kepada dunia.

Ahad, 1 Februari 2009

JOM BACA DI SK LANGGAR (DEAR)


Program NILAM yang dijalankan di SK Langgar banyak membantu kejayaan murid dalam menjadikan diri murid seperti "ulat buku". Setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 7.25 pagi hingga 7.45 pagi, semua murid dan guru-guru SK Langgar akan berdiri membaca senyap pelbagai buku iaitu yang terdiri daripada buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga Aktiviti membaca seperti ini menjadi pemangkin kejayaan sifat murid menjadi generasi membaca suatu hari nanti.