Ahad, 20 Jun 2010

KUIZ CINTAI BUKU PSS KEMBALI LAGI


Kuiz Cintai Buku Tahap 1
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
1.KAMBING YANG TAMAK, 2. SI HITAM DAN PERMINTAAN 3. BURUNG YANG BODOH. (PILIH SALAH SATU SAHAJA)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Berapakah bilangan muka surat buku ini?
D. Berdasarkan soalan yang diberikan di bahagaian belakang buku ini, jawab soalan 1 hingga 3 dengan perkataan benar atau salah.
E. Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada buku ini?



Kuiz Cintai Buku Tahap 2
Tarikh: 21 JUN 2010 HINGGA 01 JULAI 2010
Nama Buku:
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ATAU TUN ABDUL RAZAK
(siri tokoh-tokoh sejarah)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Bilakah tokoh ini dilahirkan?
D. Siapakah ibu tokoh ini?
E. Di manakah beliau mendapat pendidikan awal?
F. Senaraikan 3 sumbangan utama tokoh ini kepada Negara?





Cara Menyertai
1. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
2. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
3. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
4. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
5. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
6. Keputusan hakim adalah maktamad.


Disediakan oleh,
T.T

(Mat Jani Bin Abu Bakar)
Penyelaras PSS SK Langgar

0 comments:

Catat Ulasan