Khamis, 13 Januari 2011

SELAMAT KEMBALI KE SKL 2011


Jom ke sekolah SK Langgar untuk Tahun 2011.

Assalamualaikum,

Begitu pantas masa berlalu sama ada disedari atau tanpa disedari. 5 minggu percutian bagaikan tidak terasa. Kalau boleh memanglah mahu dipanjangkan lagi cuti sekolah ini. Namun kehidupan perlu diteruskan, perjuangan pula perlukan pengorbanan. Kita kenalah korbankan sedikit keselesaan bercuti. Walaupun namanya bercuti, namun ada dalam kalangan kita sama ada guru ataupun murid sama ada suka atau sebaliknya telahpun mengorbankan sedikit waktu cuti untuk kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru ataupun murid. Apa tidaknya, dalam masa bercuti ada tugas yang masih perlu diselasaikan. Guru-guru menghabiskan sebahagian waktu cuti untuk mengadakan kelas-kelas tambahan atau mesyuarat untuk tahun 2011. Murid-murid di kelas-kelas peperiksaan pula perlu hadir untuk kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya.

Khamis, 21 Oktober 2010

SEKOLAHKU DALAM KENANGAN





Telah terlukis potret
kebanggaan di kanvas zaman
lakaran wajah memikat pandangan
indah warisan penyeri kehidupan
bingkainya teguh pendirian
cerminya sinar peribadi
memancarkan cahaya jati diri
ke lorong hari muka...

(Nazim Mohd Subari)

Isnin, 27 September 2010

Kuiz Cintai Buku PSS 27 September - 4 Oktober 2010

Tahap 1
Nama Buku:
1.KEBIJAKSANAAN JENAB, 2. HELAH SANG TUPAI 3. SANG BELANG DAN SANG KUMBANG 4, KETABAHAN ANAK AYAM 5. SEMUT MANISAN 6. MIMPI SI PERANG (PILIH SALAH SATU SAHAJA)
Soalan:
A. Siapakah penerbit buku ini?
B. Bilakah buku ini diterbitkan?
C. Berapakah bilangan muka surat buku ini?
D. Tuliskan nama-nama haiwan yang terdapat di dalam buku ini.
E. Tuliskan 1 nilai murni /pengajaran yang boleh kita pelajari daripada buku ini?

Tahap 2
Nama Buku:
CAHAYA YANG BERKELIPAN
HUJAN PUN TURUN
PELUH YANG MENITIS
HANYA BAYANG-BAYANG
MENCARI PELANGI
BUNGA YANG BERKEMBANG
UNTUK BERNAFAS

PILIH SALAH SATU DARIPADA BUKU-BUKU INI (siri apa kata sains)
Soalan:
A. Siapakah pengarang buku ini?
B. Siapakah penerbit buku ini?
C. Bilakah buku ini diterbitkan?
D. Tuliskan semua nama-nama orang yang terdapat di dalam buku ini.
Cara Menyertai
1. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
2. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
3. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
4. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
5. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
6. Keputusan hakim adalah maktamad.
Disediakan oleh,
tt
(Mat Jani Bin Abu Bakar)
Penyelaras PSS SK Langgar

Khamis, 2 September 2010

Gambar Majlis Khatam Quran Perdana dan Berbuka Puasa






Selasa, 24 Ogos 2010

KUIZ CINTAI BUKU PSS - Kuiz Kemerdekaan



Soalan Kuiz Kemerdekaan 2010 Tahap 2
23 Ogos – 30 Ogos 2010

1. ‘Negaraku’ adalah lagu nasional Malaysia.
a) Betul
b) Salah
c) Tidak pasti

2. Siapakah yang melaungkan perisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957?
a) Tun Abdul Razak
b) Tunku Abdul Rahman
c) Dato’ Seri Dr. Mahathir

3. Berapakah jalur yang terdapat dalam Bendera Jalur Gemilang?
a) 13
b) 14
c) 15

4. Sebutkan tarikh penuh kemerdekaan Malaysia?
.....................................................................................

5. Apakah tema sambutan kemerdekaan bagi tahun 2010?
......................................................................................

6. Tahun 2010 adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-...
.......................................................................................

7. Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri?
.......................................................................................

8. Bilakah kereta nasional negara dilancarkan?
a) 1985
b) 1986
c) 1987


9. Nyatakan 2 cadangan anda bagaimana untuk memupuk/menyemai
semangat cintakan negara di kalangan pelajar.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Cara Menyertai
1. Dibuka kepada semua murid SK Langgar Pekan sahaja.
2. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat.
3. Hantarkan penyertaan dengan sehelai kertas ke dalam Peti Cadangan atau Peti Kuiz yang terdapat di Perpustakaan atau e-mailkan jawapan kepada cgjani@yahoo.com
4. Sertakan jawapan dengan nama murid, kelas dan tarikh .
5. Hantarkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
6. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang pada setiap minggu.
7. Keputusan hakim adalah maktamad.

Disediakan oleh,
t.t
Cikgu Mat Jani Bin Abu Bakar

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan 1431/2010 Muncul Lagi

Alhamdulillah, syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1431/2010.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga SK Langgar Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua penjaga murid SK langgar Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pekan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga pendidikan Negeri Pahang n Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan dirahmati. Kitalah yang menentukan.
Selamat menunaikan ibadah puasa, terawih dan lain-lain.

Ahad, 1 Ogos 2010

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN-SK LANGGAR



Sambutan Pelancaran bulan kemerdekaan 2010 telah diadakan pada 2Ogos 2010 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Langgar pada pukul 8.00 pagi.

Aturcara Majlis:
Bacaan Perutusan
Mengibar Jalur Gemilang oleh Tuan Guru Besar
Menaikkan Jalur Gemilang di Kawasan Sekolah