Khamis, 22 April 2010

Ujian Permata Pintar UKM1 Versi 2010

Ujian Permata Pintar UKM1 Versi 2010 secara atas talian bermula sekarang hingga 31 MEI 2010. Murid-murid SK Langgar jangan lepaskan peluang keemasan ini agar SK Langgar menjadi Sekolah Yang Terbaik Daerah, Negeri Pahang 2010. Jom Layari Laman :http://ukm1.permatapintar.edu.my/(Permata Pintar)


Isnin, 5 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LANGGAR KE-40












....
....
TARIKH:4 APRIL 2010

MASA:BERMULA 8.30 PAGI

TEMPAT:DEWAN AL-GHAZALI SK LANGGAR

DIRASMIKAN OLEH: YH. DATO HAJI JAILANI BIN NGAH


Selasa, 30 Mac 2010

LAHIRKAN PERSENOLITI UNGGUL DAN TERBILANG





Perancangan yang jitu dan tersusun perlu dilakukan dalam melahirkan pemimpin yang unggul dan terbilang suatu hari nanti. Ini telah dilakukan oleh pihak pengurusan SK Langgar dan membentuk sahsiah unggul, daya keyakinan yang tinggi, keberanian yang jitu dan cepat bertindak dalam semua situasi. Pelbagai tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pengurusan antaranya kursus kepimpinan pemimpin kecil, watikah perlantikan peminpin-peminpin kecil, kursus menyelesaikan masalah dalam kumpulan dan lain-lain.
Pasti SK Langgar akan sentiasa melahirkan pemimpin yang sentiasa terbilang setiap zaman.

---ke arah SBT---

Selasa, 23 Februari 2010

SEMOGA BERJAYA DALAM PKSR 1/2010




Peperiksaan PKSR 1/2010 telah bermula pada hari selasa yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua murid SK Langgar. Semoga setiap kali peperiksaan yang diadakan SK Langgar adalah sekolah yang terbaik seluruh negara.
Jadual PKSR 1/2010
Selasa: 23 Februari 2010
Bahasa Melayu K1
Bahasa Melayu K2
Sains
Rabu: 24 Februari 2010
English P1
English P2
P. Islam
Khamis: 25 Februari 2010
Matematik K1
Matematik K2
PSV

Isnin, 7 Disember 2009

ASAS PENGURUSAN



1.0 CIRI-CIRI ORGANISASI
1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah sekolah seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu,penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah gading ilmu, sekolah hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat setempat khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah sekolah itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

Keempat-empat ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.

Khamis, 19 November 2009

SK Langgar Sekolah Terbilang (UPSR 2009)




SK Langgar masih ke-2 terbaik daerah Pekan, Pahang. Seramai 12 orang murid mendapat 5A dan 10 orang mendapat 4A 1B. Peratus 5A adalah yang ke-2 terbaik selepas sekolah elit Pekan. Peratus lulus juga adalah baik. Semoga SK Langgar dibawah pimpinan En. Abdullah bin Haji Mohd Shah akan lebih gemilang dan cemerlang.

Selasa, 3 November 2009

HARI KELUARGA SK LANGGAR



Hari keluarga SK Langgar telah diadakan di Pantai Tanjung Sepat, Kuantan pada hari Sabtu 30 Oktober 2009 yang lalu. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi tersebut amat meriah dengan kehadiran semua ahli keluarga KGKT khususnya GB dan GPK. Pelbagai aktiviti diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli. Semua ahli mendapat cenderahati, ada yang dapat banyak, sedikit, kecil, besar dan pelbagai. Jangan tak dapat hadiah, sudahlah. Jika yang dapat kurang, harap bersabar, tahu depan kita cuba lagi.